Tuesday, December 23, 2008

Yang Kaya Makin Kaya...

Beberapa hari ni akhbar tempatan khususnya akhbar berbentuk hiburan sibuk menyiarkan tentang majlis perkahwinan mawi-ekin... sampai berselisih faham antara Astro dan TV3.. Aku ni bukanlah peminat fanatik si mawi ataupun ekin tapi aku ada la tengok sesikit majlis dieorang tu..memang gempak abis la ! walaupun ada sesetengah pihak mengatakan majlis mawi-ekin ni tak segempak majlis Dato Siti & Dato K... tapi bagi aku yang "semut kecil" ni majlis mawi-ekin memang gempak abis !

Tetapi apa yang aku nak katakan disini, bukan tentang "kegempakan" majlis perkahwinan artis2 ni tetapi tentang "Yang Kaya Makin Kaya..."

Yelah..mawi tu kan da kaya..bolehlah kalo kerusinya diletakkan sebaris dengan antara orang terkaya di Malaysia ni..tetapi, tidakkah anda terfikir, perlu ke orang kaya macam mawi ditaja perkahwinannya??? Kenapa tidak mawi gunakan wang hasil titik peluh nya untuk menjamu makan minum para tetamunya?? Kenapa tidak mawi gunakan wangnya sendiri untuk memberi cenderamata yang hanya berharga RM5(paling minimum) kepada tetamu yang hadir?? Semuanya ditaja oleh syarikat2 korporat ! Untung betul la mawi-ekin ni...Sedangkan duit dieorang berbukit2 bergunung2 ! Mana tak "Yang Kaya Makin Kaya.." ???

Tapi kalo difikirkan siapa lak nak menaja majlis perkahwinan orang2 yang takde nama ni?? Kalo menaja perkahwinan selebriti & orang2 terkenal, syarikat2 tu dapat untung. Kalo menaja majlis perkahwinan orang2 yang takde nama ni "habuk pun tarak" tapi balasan dari Tuhan siapa tahu...?

"Yang Kaya Makin Kaya..Yang Miskin Makin Miskin"

No comments:

Post a Comment