Thursday, April 2, 2009

Malam Yang Indah...

Sekarang tepat jam 4.00 pagi... catat rekod ooo aku x tdo.. (sebenarnya da tido kejap td...hehehe)
Actually, aku skang tgh bertugas utk menyiapkan laporan sempena Pilihan Raya Batang Ai, Sarawak.. tapi skrg da siap da la report.. kebetulan da lame tak tulis dlm blog aku nih, tu yg layan jap la...
Aku berada di Sarawak dari 13 Mac til 11 Apr bru blk kl.. lame gler aku 'merantau' ke tanah air ku... (betul ke istilah ni??? ) Org kata, jauh perjalanan luas pandangan. Aku nak tambah sikit, 'Jauh perjalanan Luas Pandangan Boleh Menghilangkan Kebosanan...' hehehe... Yelaa.. asyik dok kat kl jek...sekali-sekala keluar la dari KL...
Apabila menjejak kan kaki ke Bandaraya Kuching ni aku dapat rasakan sesuatu aura yang tak tau nak gambrkan macam mana.. walaupun Kuching adalah tanah air ku tp 1001 perubahan telah dilakukan di bumi kenyalang ini. Ternyata berbeza dari dulu.. 'zaman dah berubah'.. Setiap kali aku pulang ke semenanjung & pulang semula ke Kuching pasti setiap progress da selesai. Jalanraya semua da ok.. roundabout pun da jadi trafic light.Jalan kecil da dibesarkan..shoping kompleks pun da byk...Memang bagus la susun atur d sini...
Walaupun aku dilahirkan dibesarkan dan bersekolah di Kuching tetapi aku dapat rasakan aku lebih 'ngam' menetap di Kuala Lumpur (KL). Bukan lupa daratan, atau 'murtad'.. tapi itulah hakikatnya... Kuching sebuah bandaraya yang kian pesat membangun. Aku mengaku pembangunan di Kuching bukan di depan mata aku.. Aku mengabaikan setiap inci pembangunan di Kch memandangkan aku sibuk dgn kehidupan hiruk-piruk di KL.
KL Vs KCH... ada kelebihan tersendiri...
Di Kch, rumah2 nya semakin moden.Tiada lagi rumah atas pokok, atas rakit... mungkin ada tapi terlalu jauh di pedalaman & mungkin hanya ada 2 3 buah sahaja... Orang2 d Kch juga Segak2 & Manis2 belaka berpakaian yang berjenama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Walau bagaimanapun, teman2 di semenanjung masih lagi berfikiran sempit. Mereka kata orang Sarawak tinggal atas pokok, tak pakai seluar tapi pakai cawat !, Tiada kereta cuma perahu tambang.. Kolot sungguh pemikiran kalian walau berada di bandar besar !
Perbezaan sikap antara orang di Kch & Kl juga berbeza. Di Kch, penduduk nya berbilang bangsa. Oleh itu, kami terdedah dgn cara hidup bangsa lain. Kami juga sering bersaing secara sihat tentang sesuatu perkara terutamanya bidang pelajaran. Kami mesti rajin bekerja sebab orang di Kch tak suka ambil orang melayu bekerja kerana 'orang melayu malas' so we have to work hard untuk membuktikan kami tak malas ! Kami juga sering 'cakap lepas' ataupun bahasa lembutnya 'open minded'.. kami tak suka cakap belakang2... kami straight to the point ! Sebab tu la kalo anda ada teman dari sarawak, perkataan 'bodoh' itu adalah suatu kebiasaan diucapkan kerana ia 'tiada apa-apa bagi kami'. Kami luahkan apa yg terbuku di hati, kami tak main ckp2 belakang nih...
Berbeza di KL... majoriti melayu... bercampur-gaul semua dgn org melayu. Bukan membenci bangsa sendiri, tapi kalo keadaan seperti ini, yang tidak terdedah dengan bangsa lain ia akan merugikan diri kita sendiri. Sungguh sempit pemikiran & diri kita ! Persaingan pula... ??? Aku lebih terdedah dengan persaingan orang2 yang tidak sihat. Kalo nak maju kena jatuhkan org lain.. kenapa cara itu yang digunakan di KL.. Kl dikenali dengan nama Kota Metropolitan... kota yang gah ! tetapi pemikiran penduduknya sempit sekali... sayang seribu kali sayang... Di Kl depannya semua indah2 belaka... tapi 'belakang'... memang sedih dibuatnya. Sahabat yang disangka sahabat dunia akhirat, telah menikam dari belakang ! Baru aku tahu 'langgit itu tinggi ke rendah....'
Perbandingan ini hanyalah perbandingan anak perantau dari tanah borneo... bukan untuk menghina @ mengangkat martabat mana-mana pihak... Ia hanyalah satu pengalaman yang dijadikan nukilan...
*Hidup ini tiada penghujung... penghujung kehidupan hanyalah MATI ! Kawal lah kehidupan ini sebelum kehidupan ini mengawal kita... *
-perantauborneo84-

Monday, January 19, 2009

Kenali Dirimu Rata-Rata...

Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling istimewa. Manusia dianugerahkan akal yang boleh berfikir bagi membezakan yang baik dan buruk. Kerana akal yang satu inilah membezakan antara manusia, binatang dan makhluk yang lain. Begitulah ketinggian 'darjat' yang diberikan kepada makhluk yang bergelar 'manusia'. Namun begitu, kenapa masih ada yang menyamakan sikap manusia itu seperti binatang??? Benar atau tidak bergantung kepada persepsi masing-masing...

Kenali dirimu rata-rata.... apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut? Kita hendaklah lebih mengenali, memahami dan menyelami siapa diri kita yang sebenar daripada orang lain mengenali diri kita. Adakah kita ini membawa kebaikan atau keburukan kepada Tuhan, masyarakat dan alam semesta? Bagaimana untuk kita mengenali dan memahami diri masing-masing? Perlukah kita bertanya kepada orang sekeliling tentang diri kita ataupun membuat bancian kepada rakan-rakan tentang diri kita? Dalam konteks ini adakah Tuhan diperlukan untuk menguatkan lagi bukti-bukti dan fakta-fakta yang diberikan oleh rakan-rakan kita tadi?

Mengenali diri sendiri tidak semudah seperti kita mengenali orang lain. Sering kita keliru dengan apa yang kita katakan, lakukan dan perhatikan. Kita sendiri tidak faham akan diri kita sendiri. Bak kata pepatah, kuman seberang lautan nampak tetapi gajah depan mata tak nampak. Pepatah ini sangat sesuai kepada diri kita. Walaupun pelbagai perkara yang berlaku tidak kita gemari namun perkara itu jugalah yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Contohnya, kita tidak suka akan pengguna jalanraya yang membuang sampah dari dalam kereta namun tidak ketinggalan kita juga gemar melakukan perlakuan yang sama. Jadi kenapa tidak kita mencermin diri sendiri sebelum menebalikkan cermin tersebut kepada orang lain?

Sikap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, kerana kesilapan manusia mengenal diri ! Manusia sering 'terjaga' apabila mendapat mimpi yang buruk dan berasa geram kerana bangun tidur dalam keadaan yang terkejut. Namun, kerana mimpi buruk itulah kita terus bangkit daripada tidur yang lena dan melakukan amal dan ibadah kepada si Pencipta Manusia.

Hukum karma ada mengatakan what you gives, you get back. Apa sahaja yang kita berikan kepada orang lain, itu jugalah yang akan kita perolehi. Walau bagaimanapun, janganlah kita mengharapkan sesuatu yang baik sahaja. Lumrah manusia mahukan yang baik, elok dan cantik sahaja sedangkan kita memerlukan 'mimpi buruk' juga. Kerana itulah manusia sering meminta balasan yang baik sama ada secara sedar atau tidak. Ketahuilah, kebaikan itu tidak semestinya berpihak kepada kita. Bukan warna yang terang sahaja diperlukan malahan warna gelap dan pudar juga perlu ada agar kehidupan kita bewarna-warni.

Manusia sering membicarakan tentang kehidupan orang lain. Malangnya, buruk sahaja yang nampak malahan manusia bisa belajar daripada 'buruk' orang lain itu. Tetapi, kenapa yang 'buruk' terus menjadi umpatan dan kejian para manusia? Kenapa tidak dijadikan tauladan sekaligus sempadan. Jangan hanya jadikan sempadan tanpa memikirkan kebaikan disebalik kejadian itu. Hari ini kawan kita susah esok lusa kita pula yang susah. Oleh itu, kita belajar dari pengalaman kawan kita jika kita belum atau tidak pernah mengalami keadaan itu. Bagaimana dia menangani keadaan itu dan apakah yang perlu dilakukan? Bukan mentertawakan nasib kawan yang ditimpa 'tangga'. Hari ini kita mentertawakan orang, esok lusa orang lain pula yang mentertawakan kita.

Manusia tidak senang melihat orang lain senang. Anda percaya...? Tidak kira bangsa apa sekalipun jika berdepan dengan orang yang lagi senang daripada diri sendiri pasti akan timbul perasaan cemburu, dengki dan lain-lain. Kenapa perkara ini terjadi? Kerana kita tidak mengenal diri rata-rata.. Jika kita kenal diri rata-rata pasti cemburu, iri dan hasad tidak terjadi. Ini kerana kita akan berfikir lebih panjang tentang kemampuan diri sendiri. Pokok pangkalnya, menjadi lebih matang.

Manusia yang matang tidak akan membuang masanya dengan perkara-perkara yang boleh menghancurkan diri sendiri. Cemburu, hasad dengki dan iri hati adalah perkara-perkara yang boleh memakan diri sendiri. Jadi, berhati-hatilah dengan 'diri sendiri'.

Kesimpulannya, musuh yang paling jahat adalah diri kita sendiri. Malahan 'musuh' ini lagi sukar untuk diramal rentaknya. Rentak yang pelbagai membuatkan akal terus pening dan anggota badan diluar kawalan. Maka, terjadilah perkara yang memalukan diri sendiri. Oleh itu, jangan jadikan akal sebagai raja tetapi lantiklah hati sebagai raja, akal sebagai menteri dan anggota badan sebagai tentera.

Wednesday, January 14, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa???

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran....

Rencana ini dipetik dari - Utusan Malaysia 14 Januari 2009
(Sumber : www.coretan.net)

Kesian Pakcik-Pakcik...

Setiap pagi aku g keje menggunakan lrt putra. Agak penuh gak la pagi2 tu.. Kalo aku baru naik tren tepat @ lebih pukul 7 lg bahaya ! Sebab penuh tahap cipan ! Bukan macam sadin lagi da tapi da macam tuna sebab semua da lumat tinggal nak makan jek.. camtu la keadaan dalam tren kalo aku terlambat ckit...(ckit jek pun)


Walau bagaimanapun, bukan tentang sadin @ tuna aku nak cerita.. yang aku nak cerita nasib 'orang2 kurang upaya' contohnya, orang buta,orang cacat, wanita mengandung dan orang2 tua...


Kategori OKU yang diberikan diatas adalah jelas, namun kategori 'orang2 tua' belum jelas lagi... ini kerana orang tua ada lelaki & perempuan. Tetapi yang selalu diberi perhatian adalah orang tua perempuan ataupun makcik2... yang pakcik2 ni pula macam mana????


Aku selalu perhatikan kalo pakcik2 ni berdiri xde sape pun yang nak kasi tempat duduk. Aku pun tak pasti gak sama ada memang pakcik2 ni taknak duduk ke... sebab aku sendiri pun x penah kasi pakcik2 ni tempat duduk hehehe. Bukan apa, aku tengok dieorang pun macam taknak duduk jek.. (macam je la...hehehe..)


So, pasni aku nak try la offer tempat duduk kat pakcik2 ni.. kesian kat dieorang.. mesti pakcik2 pun letih berdiri lama2 seperti mana makcik2 kepenatan berdiri lama2...

Jemput duduk pakcik... (hehhehe)

Monday, January 12, 2009

Jangan Ikut Aku Tau !

Citer ni terjadi semalam (Isnin, 12 Jan 2009).... Nak citer tapi terasa malu lak. Tapi aku rasa elok aku citer untuk dijadikan peringatan & pengalaman aku & korang2 yang sudi baca blog aku nih...

Pada jam lebih kurang 6.45 pagi (seperti kebiasaan) aku tiba di Stesen Putra Jelatek. Tak sangka pagi2 camtu da penuh semua parking (yang tidak berbayar). Tapi mata aku 'teruja' apabila melihat ada satu petak yang masih kosong. Rupenya petak untuk OKU. Aku belasah jela sbb aku tengok keter lain selamber jek parking kat situ. Itu pun baru pertama kali aku park kat situ.. Memang xde ape2 halangan la kalo aku park situ..

Tetapi.... apabila aku balik keje & nak keluarkan keter barula aku 'terperasan' keter aku x leh kuar sebab dihalang oleh sebuah motorsikal yang berada betol2 di belakang keter aku... nak alihkan kedudukan motor tu, di'lock' plak ! Aku pikir2 memang tak bole langsung aku nak kuar... melainkan keter sebelah aku tu kuar dulu... Dalam setengah jam gak la aku tunggu sebarang 'keajaiban' berlaku... pelbagai rasa bercampur-baur dalam hati aku ni... bengang, sedih, menyesal semua ada...

Bengang sebab owner motor tu x fikir ke keadaan pengguna lain??? Nasib baik aku takde ape2 urgent matter semalam... mana la tau nak ter'buang' ke semalam... sape nak jawab????!!!! Memang salah aku menggunakan hak orang lain... aku menyesal sangat2 smlm...(smlm jek..? hehehe... harap2 la sampai ble2..) Mungkin ada pengguna2 OKU nak parking keter semalam tapi xdpt dsebabkan keter aku & mungkin juga dia ada berdoa 'sesuatu' kepada Allah.. dats y la aku sedih ble teringatkan sikap aku sendiri... Tapi aku rasa kalo owner motor tu selalu parking belakang keter org smpai menyusahkan org lain, suatu hari nanti mesti terjadi pe2 dengan motor die.. sama ada 'dicalarkan' @ tumbang ! Bukan aku mendoakan yg buruk2 utk owner motor tu... tapi takkan la x kenal dengan orang KL nih... nasib baik yang terjadi semalam keter aku so motor dia masih selamat... hihihi...

Lastly, aku mohon maaf kepada semua Orang Kurang Upaya (OKU) di dunia ini terutamanya di KL... Aku janji tidak akan mengganggu-gugat kemudahan korang dimana-mana sahaja... kepada pemilik motor yang menghalang keter aku semalam, hati-hati la yek... salah orang salah orang gak...salah awak jangan lupe... kepada kengkawan sumer, jangan jadi seperti saya !

Wednesday, January 7, 2009

Jangan Jadikan Anak2 Kita Sebagai Mangsa !

Isu Tabika Kemas ditutup adalah tidak wajar terjadi ! Pelbagai pihak menunding jari antara satu sama lain berkenaan isu ini. Namun ini bukan jalan penyelesaiannya... bagi aku tak kisah la salah sape (kisah gak sape yg punya angakara ni !) tapi perkara yang perlu dilakukan sekarang adalah membuka semula tabika berkenaan agar anak2 kita dapat menimba ilmu dengan selesa.

Ini tak, hari pertama gi sekolah, sekolah lak ditutup. Semangat dieorang berkobar2 nak sekolah. Kita sebagai orang tua ni la plak menyekat semangat mereka tanpa kita sedari.. Janganlah kita menjadi seperti 'pagar' yang makan padi... sedangkan pagar tersebut dibina untuk melindungi padi ! Tapi pagar lak yang 'hampeh' ! Betol... melentur buluh biarla dari rebungnya.. Kalo ye pun nak menghasut anak2 ini agar membenci mana2 parti, janganlah sampai 'medan ilmu' mereka ditutup. Tiada bezanya anak BN @ anak PR... sama jek...

Hanya kerana kepentingan politik & individu, Anda (pihak yang memberi arahan menutup Tabika Kemas) sanggup menggadai semangat anak2 ini... mereka tidak berdosa.. tidak bersalah pun kepada kekalahan mana2 parti dalam pilihanraya.. umur mereka pun tak layak lagi untuk mengundi ! Jadi kenapa kepentingan mereka diganggu-gugat??? Anda ibubapa, kami juga ibubapa... sepatutnya anda merasai apa yang kami rasa... betapa sedihnya melihat anak2 semangat bangun pagi untuk ke sekolah, sampai2 ke sekolah, sekolah ditutup ! !

Doa kami, kepada pihak yang memberi arahan menutup Tabika Kemas, bukalah semula tabika berkenaan.. kasihanilah semangat anak2 ini, yang mencelikkan mata di subuh hari bagi menuntut ilmu untuk bekalan di hari depan... Semoga anak2 ini membesar dengan akal yang bijak & hati yang suci lagi murni agar bisa menjadi pemimpin yang boleh menggantikan tempat ANDA ! !

Tuesday, January 6, 2009

Sime Darby Batal Ambil Alih IJN

Setelah beribu2 bantahan ke atas pengambil alihan IJN oleh Sime Darby, akhirnya keputusan yang tepat lagi bermakna buat rakyat Malaysia telah dibuat oleh Sime Darby. Terima kasih kepada Sime Darby atas keprihatinan anda kepada rakyat Malaysia...
Semasa ura2 yang mengatakan Sime Darby akan mengambil alih IJN terasa sedih dibuatnya.. bukannye kt ni konservatif - tak nak perubahan, tetapi apabila Sime Darby mengambil alih, maka segala-galanya akan berubah. Baik dari segi kos perubatan, perkhidmatan dll... kesian dengan orang2 yang berpendapatan rendah ! Terpaksa bergadai-bergolok utk mengubati anak2 & mak bapak yang sakit.. Alhamdulillah Sime Darby tak ambil alih IJN...