Monday, January 5, 2009

Episod 1-2009 : Kemalangan

"Kota Bharu 3 Jan - Semalam, 10 maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Kenari dan pacuan empat roda jenis Nissan Murano di lokasi tersebut berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Gua Musang."
"Kuala Lumpur 3 Jan - Empat sahabat termasuk seorang wanita maut apabila kereta Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan di sini pagi ini."
"Alor Star 3 Jan - Empat orang cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori, bas ekspres, Perodua Kancil, pacuan empat roda dan van. Ia berlaku berhampiran persampingan lampu isyarat ke Kolej Universiti Insaniah di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah."
Kejadian di atas adalah episod permulaan bagi tahun 2009. Pelbagai kaedah pencegahan dilakukan oleh pihak berkuasa namun kemalangan tetap jua berlaku. Salah siapa??? salah pengguna jalanraya, pihak berkuasa tempatan, ataupun salah jalanraya itu sendiri??? hehehe...
Bagi aku, keadaan ini tidak boleh diubah suratannya.. yelaa..kalo memang da ditakdirkan si mati meninggal di jalanraya pada musim perayaan, siapa yang boleh mempersoalkannya??? Namun jika kita mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, mungkin bagi mereka yang 'hanya' kemalangan, mungkin boleh meminimumkan kecederaan tersebut. Contohnya, jika memakai tali pinggang belakang dan berlaku kemalangan, kecederaan si mangsa lebih minimum berbanding tidak mengenakan tali pinggang.. yang ini, KITA MAMPU MENGUBAHNYA ! Tetapi kalo tentang ajal maut, memang TAK MAMPU MENGUBAHNYA...
Kadang2 yang merisaukan kita, jika kita berhati2 pn, orang lain yang cuai.. pun bahaya gak ! Oleh itu, sentiasalah bersabar di jalanraya. Apabila kita dikawal oleh emosi pasti MATI !

No comments:

Post a Comment