Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tinggal 2008.... Selamat Datang 2009 !!!!!!!!!!!!!

Tinggal beberapa saat lagi untuk kita meninggalkan tahun 2008. Mungkin ada antara kita merasakan 2008 merupakan tahun paling bahagia dalam hidupnya. Kemungkinan besar ada yang mahukan 2008 ini berlalu seberapa pantas yang boleh ! Lain orang lain ragamnya...

Selalunya kalo malam 31 Dis persoalan yang selalu berlegar di mulut2 member2 kt, g mane mlm new year??? Huhh..seriously, aku malas nak kuar malam ni... bukan ape, konpem serabut giler malam ni.Dengan mat repit yang poyo, time tu la nak tunjuk handal berlumba, tempat parking keter wajib penuh ni ! Pastu kena jalan kaki "berbatu-batu"... huuuuu penat gler !

Bagi aku nak menyambut Tahun Baru tak semestinya wajib ada kat KLCC, Putrajaya, Bukit Bintang dan tempat2 lain yang sewaktu dengannya. Kalo ada aktiviti keagamaan di masjid2 & surau2 lagi baik ! Kita beramai-ramai solat hajat, berzikir, bermunajat memohon agar sentiasa berada dalam keredhaan-NYA, semoga tahun 2009 lebih baik daripada 2008, negara kita terus aman sejahtera disamping kedudukan ekonomi & politik negara terus menjadi lebih cemerlang gemilang & terbilang. Ini kerana, hanya Tuhan sahaja yang boleh membantu diri & negara kita semua untuk menjadi yang lebih baik. Tugas kita berusaha, meminta tolong & berserah kepada-NYA.... (proses ini dilakukan berulang2)

Negara kita telah mengalami pelbagai kejayaan, ujian, dugaan & rintangan sepanjang 2008. Paling otak aku highlight, kehilangan Pulau Batu Butih, Peralihan Kuasa PM-TPM, Kemenangan DSAI di Permatang Pauh, Debat Anwar-Shabery, Kenaikan & penurunan harga minyak secara mendadak dan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Tapi betapa besarnya perihal yang berlaku pada negara kita, namun bagi aku perihal untuk diri sendiri lebih penting. Bukan apa, kalo diri sendiri pun tak boleh nak urus, macam mana nak urus sebuah negara seperti Malaysia??? Oleh itu, lebih baik pastikan diri kita telah berjaya memimpin diri sendiri daripada sibuk2 nak memimpin diri orang lain kalau diri sendiri pun bersepah !

Tahun Baru sinonim dengan AZAM Baru... sebelum kita nak 'create' azam tahun 2009, cuba kita 'check' semula, adakah azam 2008 telah terlaksana & tercapai??? Ataupun kita langsung terlupa azam tahun 2008?? Azam tahun 2008 aku, aku nak memiliki kereta dan pindah tempat kerja ke KL (sebelum ni aku bertugas di Sabak Bernam) Alhamdulillah...semuanya terlaksana tanpa aku sedari...hihihihi... Aku ingat lagi, semasa aku di Sabak Bernam apabila aku suarakan azam aku untuk bertukar tempat kerja ke KL, salah seorang kawanku berkata.." Takkan dapat la rose hang nak bertukar ke KL..." hahaha...aku ketawa jek sebab aku pun terfikir agak susah untuk aku bertukar memandangkan statusku yang masih bujang & takde reasons yang kukuh untuk aku bertukar... tiba-tiba ada keajaiban berlaku ! Kawanku mahu bertukar suka sama suka dengan aku memandangkan suaminya bertugas di Sabak Bernam.... yahhhhoooooooooooooooo !!!!! Alhamdulillah.... Tq bebanyak Tuhan... Walaupun aku gembira tahap cipan namun jauh di lubuk hatiku terasa berat untuk meninggalkan Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam yang telah sudi memberi aku merasai pengalaman sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO). Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua warga IPN...

Di tahun 2008 juga lah aku berjaya memiliki sebuah Perodua Kenari EZi DOHC Special Editon (my first dream car).... hihihihi.... 'Die' adalah pakwe kedua aku...ahakz ! Pakai keter ni ibarat pakai handphone gak... Kalo da mampu pakai handphone dats mean kt da mampu menanggung apa jua ke atas handphone tu. Macam tu gak dengan kereta, apabila kita da mampu pakai keter bersedialah untuk menanggung minyak, maintenance, insurans dll... nasib baik la minyak da turun ! huhuhu... Aku sayang gler keter aku mengalahkan aku sayang haiwan2 di muka bumi ini ! hehehe... Kalo g shopping, konpem aku singgah bahagian accesory keter... untuk belanja barang2 keter jek mengalahkan belanja barang2 dapur !

Da la, lupekan la 2008... lets talk bout 2009...

Azam tahun 2009, aku berharap kerjaya aku lebih mantap ! 2009 aku da confirm dalam sektor awam ni. Lebih matang dalam menghasilkan idea2.. more workaholic ! nak kumpul OT banyak2 hasil titik peluhku agar aku bole menjadikan keter aku lebih gempak ! Gempak camne??? rahsiaaaaaaa.....kahkahkah... Terus menjadi anak yang sentiasa membantu keluarga dalam apa jua hal. Aku berdoa famili aku boleh memiliki rumah yang lagi best daripada sekarang.... Menjadi sahabat yang setia kepada hubungan persahabatan !

Semoga 2009 memberi sinar yang lebih menyerlah dalam hidup aku... aminnnn...


2 comments:

  1. aloo ros...
    terharu aku bace entry ko ni..
    memang aku setuju 100% ape yang ko kate tu...
    pasal azam tahun baru plak...camne kalo azam tahun 2008 tak tercapai lagi???

    ReplyDelete
  2. kalo azam ko x tercapai??? Nasihat aku, teruskan azam tersebut utk 2009 & perlukan penambahbaikan utk azam tersebut..make sure la azam tu tercapai..hidup perlu ada matlamat beb..kt x tau apa akan berlaku pd ms depan & sampai bila kita hidup ni..epy new year 2009

    ReplyDelete